Fezlan Blogger


Back to Top

Rabu, 27 September 2017

Afdlin, Aliff Syukri Terima Anugerah Kebesaran

  fezlan        Rabu, 27 September 2017   
Afdlin, Aliff Syukri Terima Anugerah Kebesaran
PEKAN 26 Sept. – Pengarah, pelakon dan pelawak terkenal tanah air, Afdlin Shauki menyifatkan penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) diteri­manya yang membawa gelaran Datuk sebagai penghargaan tertinggi buatnya sepanjang 26 tahun terlibat dalam industri seni.

“Alhamdulillah, kena pada masanya kerana saya baru sahaja me­nubuhkan Yayasan Af­dlin Shauki supaya kerja amal yang dilakukan lebih teratur dan tertib.

“Penghargaan ini tidak boleh dilihat dari sudut anak seni semata-mata memandangkan ada bidang lain juga diberi perhatian kerana saya sentiasa melibatkan diri dalam kerja amal,” katanya kepada pembe­rita di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Beliau adalah antara 155 individu penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Afdlin melihat penganugerahan berkenaan diiringi dengan tanggungjawab yang cukup besar supaya kemuliaan gelaran tersebut terpelihara.

Sementaraitu, mengulas kenyataan sesetengah pihak yang memperkecilkan peng­anugerahan gelaran itu kepada anak seni, beliau menyifatkan ia adalah pendapat dan pendirian masing-masing.

“Saya rasa mereka yang memilih mempunyai sebab tertentu dalam pemilihan siapa yang hendak dianugerahkan darjah atau pingat.

“Saya lihat gelaran ini sebagai pendorong untuk mening­katkan kerja amal, saya pun hanya dimaklumkan ming­gu lalu,” katanya.

>Sementara itu, pengasas dan pemilik D'Herbs Holding Sdn. Bhd., Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata, anugerah Darjah Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang dikurniakan de­ngan membawa gelaran Datuk Seri kepadanya adalah penca­paian yang tidak disangka-sangka.

“Ia menjadi kenangan manis buat saya dan isteri. Dalam usia 30 tahun, saya berharap anugerah ini menjadikan saya sekeluarga lebih murah rezeki dan dikurniakan kebahagiaan,” katanya.
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Afdlin, Aliff Syukri Terima Anugerah Kebesaran

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: