Fezlan Blogger


Back to Top

Selasa, 26 September 2017

Sharnaaz Ahmad Kena Denda

  fezlan        Selasa, 26 September 2017   
Sharnaaz Ahmad
SIAPA tidak kenal dengan pelakon Juvana, Sharnaaz Ahmad yang begitu mantap dalam menjayakan apa jua watak-watak antagonist serta antihero.

Disebalik lakonan mantap itu, Shaarnaz juga sering kali dikaitkan dengan pelbagai kontroversi panas.

Tambahan pula, sifatnya yang begitu lantang dalam bersuara membuatkan ramai melabel dia sebagai seorang lelaki yang panas baran.

Terbaru, pelakon ini telah didenda sebanyak RM1,200 selepas mengaku bersalah menumbuk seorang lelaki warganegara Bangladesh di sebuah kelab golf yang terletak di Kuala Lumpur.

Dalam satu kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada 22 Julai lalu, Sharnaaz mengaku telah menumbuk mangsa, Gous Ali pada bahagian muka.

Pelakon tersebut kini telah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum setahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam Shaarnaz, Zulkifli Awang dikatakan telah membuat rayuan agar hukuman berkenaan dikurangkan atas alasan pelakon itu telah insaf terhadap perbuatannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin tegas meminta agar pihak mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya yang boleh memberi pengajaran kepada pelakon berkenaan agar kejadian seperti ini tidak berulang.

Majistret Mahyudin Mohmad Som telah menetapkan denda sebanyak RM1,200 yang perlu dibayar oleh pihak tertuduh.

Menurut sebuah sumber, Sharnaaz yang  hadir sendirian ke mahkamah dilihat tenang ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya. 
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Sharnaaz Ahmad Kena Denda

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: