Fezlan Blogger


Back to Top

Rabu, 4 Oktober 2017

Ular Sawa Batik 100Kg ‘Masuk’ Kampung

  Unknown        Rabu, 4 Oktober 2017   

https://fezlan.blogspot.com/2017/10/ular-sawa-batik-100kg-masuk-kampung.html
KUANTAN – Penduduk Kampung Pelindung Pantai di sini ‘menerima tetamu tidak diundang’ iaitu ular sawa batik seberat 100 kilogram petang, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuantan Kapten (PA) Shaifu Nizam Ab Rahman berkata reptilia sepanjang tiga meter itu ditemui pada pukul 2.34 petang di tanah lapang kampung itu.

“Ular itu dikatakan dijumpai seorang penduduk yang membersihkan tanah dengan menggunakan jengkaut. Beliau menghubungi pihak berkuasa dan kami mengambil masa selama hampir 10 minit untuk menangkapnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Shaifu Nizam berkata mereka menggumakan besi penjerut bagi kerja tersebut dan ular itu kemudiannya dilepaskan di kawasan tidak berpenghuni di daerah ini pada sebelah petang. – BERNAMA


logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Ular Sawa Batik 100Kg ‘Masuk’ Kampung

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: