Fezlan Blogger


Back to Top

Selasa, 12 Disember 2017

KPDNKK Tidak Menerima Aduan Penjualan Susu Rumusan Tiruan

  fezlan        Selasa, 12 Disember 2017   
http://fezlan.blogspot.com/2017/12/kpdnkk-tidak-menerima-aduan-penjualan.html

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan hingga kini tidak menerima sebarang aduan berkaitan susu rumusan bayi yang disyaki tiruan, dijual di negeri ini seperti yang berlaku di Johor Bahru.

Menurut kenyataan KPDNKK Negeri Sembilan hari ini, pihaknya juga tidak menerima aduan berkaitan isu ini daripada pihak pemilik cap dagang iaitu Mead Johnson, yang juga pengeluar produk berkenaan.

Khamis lepas, KPDNKK Johor merampas sebanyak 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan menerusi lima serbuan sekitar Johor Bahru.

Serbuan dilakukan di kedai ubat-ubatan dan serbaneka hasil daripada risikan dan pemantauan pengadu iaitu pengeluar susu sebenar sejak Ogos lepas, susulan aduan diterima mengenai seorang bayi mengalami muntah-muntah yang teruk setelah menggunakan susu ini, yang kemudiannya didapati tiruan oleh pihak pengeluar produk.

Pihaknya juga akan menghantar susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dengan susu rumusan sebenar ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti perbezaan kandungan antara kedua-duanya. – BERNAMA

logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading KPDNKK Tidak Menerima Aduan Penjualan Susu Rumusan Tiruan

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: